BAB
8 :
Haiqal tiba di Stesen Bas Batu Pahat pada pukul 5.30
pagi. Seleranya pada pagi itu bagaikan tumpul. Haiqal mengeluarkan telefon
bimbitnya dan terpampar satu mesej dari Ratna. Melihat akan waktu mesej itu
dihantar, dia pasti Ratna menghantarnya selepas Ratna menutup gerainya itu.
Haiqal hanya membiarkan mesej itu kerana tunggu dia sampai ke destinasi yang
ditujui. Selepas itu, Haiqal pergi menunaikan solat subuh di surau yang
berdekatan sebelum memulakan perjalanannya.
Setelah menyelesaikan solat, dia memilih untuk menaiki
teksi kerana lebih mudah dan harga yang berpatutan. Pemandu teksi itu berumur
40-an tahun yang bernama Pak Cik Salleh. Haiqal menerangkan destinasi yang
ditujuinya itu. Pak cik Salleh seorang yang peramah. Pak cik Salleh
memberhentikan teksinya di hadapan gerai. Selepas itu, Haiqal turun dan menuju
ke arah seorang lelaki yang sedang menebar roti canainya. Dia bertanyakan
mengenai Cikgu Abdullah dan memperkenalkan dirinya itu. Lelaki itu bernama Wak
Min dan isterinya bernama Mak Menah. Warung kecil itu mula didatangi pelanggan
Wak Min. Tidak lama kemudian, seorang lelaki Cina sangat mesra menegur
pelanggan-pelanggan itu. Kemudian, wak min mendekati lelaki cina itu dan
menepuk bahunya dan seperti memberitahu sesuatu. Selepas itu, lelaki cina itu
mendekati Haiqal. Haiqal berpendapat bahawa lelaki itu ialah Tauke Ong.
Kemudian, Haiqal memperkenalkan dirinya dan Tauke Ong ingin menghantar Haiqal
ke rumah ayahnya.
Sampai sahaja di rumah arwah ayahnya, Tauke Ong
memberitahu biasanya Ong See Hwa yang membersihkan rumah ini dan kadang-kadang
tidur di sini bersama kakaknya. Kemudian, Haiqal memberitahu bahawa See Hwa lah
yang memberi kepadanya manuskrip. Selepas itu,
terdapat sijil-sijil yang digantung di rumah ayahnya. Ternyata, arwah
ayahnya adalah seorang yang sangat hebat. Dia benar-benar sebak kerana tidak dapat
untuk jumpa dengan arwah ayahnya itu.
saya nak minta kebenaran copy. terima kasih.
ReplyDeletesama sama
ReplyDeletegood
ReplyDelete