BAB
15 :
Balai
raya yang sebelum ini sepi dan seolah-olah mati, kembali berseri. Petang tadi,
Haiqal membantu kerja-kerja memperkemaskan balai raya. Tidak terkecuali, See
Hwa yang sama-sama mengemas bahagian dalam balai raya itu agar kelihatan cantik
dan rapi. Penduduk kampung sibuk bergotong-royong memasak nasi jagung, kurma
daging kambing dan daging lembu, ayam masak merah serta dalca untuk hidangan
para tetamu. Seminggu sebelum acara persembahan dilangsungkan , Haiqal
memaklumkan kepada walidnya tentang zapin jincat dan meminta walid, umi dan
Nurul Aisyah mendoakannya agar dia dapat mempersembahkan tarian itu dengan
sebaik mungkin. Berita yang amat mengejutkan apabila Lazim ditimpa kemalangan
jalan raya sewaktu pulang dari kerja dan dia tidak dapat menari. Pak Cik Bakar
kelihatan resah dan bimbang kerana sudah tiada masa lagi untuk menukar dan
berlatih dengan pasangan baru dalam persembahan itu. Haiqal dan Lazim
sememangnya pasangan tarian yang serasi kerana masing-masing dapat membaca
gerak dan langkah. Haji Salim mencadangkan See Hwa untuk menggantikan tempat
Lazim kerana dulu sewaktu masih budak-budak See Hwa selalu berpasangan dengan
Lazim. Haiqal diminta oleh Haji Salim untuk memujuk See Hwa. Selepas solat
maghrib dia langsung ke rumah Tauke Ong. Haiqal berasa terkejut apabila melihat
pakaian yang digosok oleh See Hwa ialah baju zapin. See Hwa berterus terang
dengan Haiqal bahawa pada malam ini dia dan Lazim ingin membuat kejutan
untuknya. Ini semuanya rancangan Pak Cik Bakar dan Haji Salim tetapi telah
berubah. Haiqal memujuk dan berharap See Hwa menggantikan Lazim dan gadis itu
bersetuju. Pada malam itu, persembahan zapin D'Purnama berjalan dengan baik dan
lancar. Walid , umi , dan Nurul Aisyah turut sama hadir bagi menyokongnya.
Haiqal berasa sangat terharu dengan kehadiran mereka.
No comments:
Post a Comment