BAB
9 :
Tauke
Ong menepati janjinya. Dia dan anaknya, See Hwa telah terpacul kira-kira pukul
12 tengah hari dihalaman rumah. Haiqal cuba menenangkan dirinya yang gelisah
apabila melihat See Hwa. Mereka akan ke pekan untuk makan nasi daun pisang.
Haiqal tidaklah terlalu teruja kerana dia tidaklah terlalu cerewet. Namun,
Haiqal lebih tertarik dengan senyuman Ong See Hwa sewaktu dia membuka pintu.
Ada sepasang lesung pipit sewaktu See Hwa tersenyum.
Sepanjang
perjalanan ke pekan, See Hwa hanya berdiamkan diri. Tauke Ong pula mengajukan
beberapa soalan kepada Haiqal. Menurut Tauke Ong, Haiqal perlu menguruskan
beberapa perkara yang ditinggalkan ayahnya untuknya. Sebelum Haiqal tiba di
Kampung Seri Purnama, Tauke Ong telah menjaga amanah arwah ayahnya dengan
mengerjakan tanahya di baruh dan di belakang rumah yang telah ditanami dengan
pokok kelapa sawit. Haiqal mengucapkan terima kasih kepada Tauke Ong kerana
telah menjaga amanahnya. Tauke Ong mengatakan bahawa jasa keluarga arwah ayah
Haiqal sangat banyak kepada keluarganya.
Setibanya
di sebuah restoran mamak, Tauke Ong mengarahkan Haiqal dan See Hwa turun
dan makan disitu. Tauke Ong perlu ke bank atas urusan lain. Sebaik sahaja
masuk ke dalam restoran, See Hwa di sapa oleh seorang pelayan lelaki di situ.
Kemudian, dia mengajak Haiqal duduk di sebuah meja yang terletak di pojok
restoran itu. See Hwa memanggil seorang pelayan di restoran itu. Dia
memperkenalkan Haiqal kepada pelayan itu sebelum dia memesan makanan. Setelah
itu, merekan bungkam seketika.
Ong
See Hwa memulakan bicaranya dahulu dengan memberitahu perkara yang diceritakan
oleh Cikgu Abdullah tentang negeri Terengganu. Haiqal pula membalas dengan
mengatakan keistimewaan yang terdapat di negeri Johor. Tiba-tiba, Haiqal
teringatkan Ratna yang menjadi sebahagian daripada kehidupannya.
Makanan
yang mereka pesan telah dihantar oleh salah seorang pekerja di restoran itu.
Mereka makan sambil berbual-bual tentang topik yang sepatutnya sahaja. Menurut
See Hwa arwah ayah Haiqal pandai memasak. Bagi Haiqal, See Hwa sangat beruntung
kerana dia mengisi kekosongan jiwa ayahnya hingga ke akhir hayatnya. Dia yakin
bahawa See Hwa banyak meyimpan rahsia hidup ayahnya. Watak Ai Ling yang
dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa.
Selesai
makan, See Hwa mengajak Haiqal ke kedai buku sementara See Hwa memilih-milih
novel yang hendak dibelinya, Haiqal mengambil keputusan untuk membeli beberapa
buah majalah berkaitan bahasa dan sastera. Setelah itu, See Hwa menunjukkan dua
buah novel melayu. See Hwa suka membaca novel melayu dan inggeris. Haiqal dan
See Hwa meminati penulis yang sama. Manuskrip yang ditulis ayahnya
membuatkannya mengetahui sebahagian tentang gadis itu.
Setibanya
di rumah, Haiqal terus menyandarkan tubuhnya di sofa. Seketika kemudian,
telefon bimbit Haiqal bergetar beberapa kali. Dia membaca sms yang dihantar
oleh Asiyah yang menyatakan kesunyian yang dialaminya. Haiqal amat merindui
keluarganya dan Ratna. Baginya, inilah yang dinamakan pengorbanan.
tq ! this really helps me!
ReplyDelete