Tuesday, 29 December 2015

SINOPSIS BAB 14 SILIR DAKSINA

BAB 14 :
Sebuah balai telah dipasang dan di bawahnya dibina sebuah pentas rendah yang diperbuat daripada kayu dan papan lapis terpakai. Penari-penari zapin pula akan menari dihadapan pentas itu. Ada juga kalangan penduduk kampung itu yang hadir memberikan sokongan atau mencari sedikit hiburan. Jari jemari Haji Salim ligat memetik gambus. Wak Arif pula bertenaga memalu gendang panjang. Pak Cik Bakar dan dua rakannya memalu marwas. Semua pemain zapin telah dimamah usia. Antaranya Pak Cik Tasrif yang bermain arkodian. Haji Sulaiman yang menggesek biola dan Haji Leman memetik gambus bergilir-gilir dengan Haji Salim.
Setelah diajak berkali-kali oleh Pak Cik Bakar dan Haji Salim, akhirnya Haiqal mengalah juga dan memberanikan diri untuk bermain tamborin. Sewaktu Haiqal sedang berehat dan bersembang dengan ahli kumpulan zapin itu, Tauke Ong menyuruhnya untuk mencuba menari pula. Tetapi dia malu dan cuba menolaknya dengan cara yang baik. Haji Salim pula cuba meyakinkan Haiqal untuk menari. Haiqal mara dihambat perasaan gelisah dan tidak pernah terfikir baginya untuk menarikan tarian itu. Dia hanya mahu merasai suasana ketika ayahnya masih hidup dahulu.
   Akhirnya, Haiqal akur untuk menari zapin. Jika dia terus berkeras untuk menolak, bimbang Pak Cik Bakar, Haji Selamat , Wak Parmin, Abng Ramlan dan Wak Seman yang bersungguh-sungguh mahu mengajarnya akan berkecil hati pula. Pak Cik Bakar terus menarik tangan Haiqal dan mengarahkan Haiqal mengikut langkah kaki dan lenggok badannya.
Pak Cik Bakar memberitahu bahawa ayah Haiqal seorang kelaki yang mempunyai keinginan yang kuat dan luar biasa. Sehinggakan dia sanggup berpisah dengan umi hanya semata-mata kerana kecintaannya terhadap kebudayaan.
Sepetang di rumah Pak Cik Bakat, Haiqal menceritakan tentang semua perkara yang tertulis dalam manuskrip itu. Menurut manuskrip tersebut, ayahnya kata Ai Ling pandai menari zapin. Haiqal agak musykil akan perkara itu. Adakah Ai Ling seperti yang digambarkan oleh ayahnya dalam manuskrip itu ialah See Hwa? Pak Cik Bakar , mencadangkan Haiqal untuk mengenali See Hwa sementara masih berada di kampung ini lagi.
See Hwa mengajak Haiqal untuk bersiar siar di pantai yang agak terkenal di daerah itu . Mungkin inilah masa yang terbaik untuknya . Dia menyanggupi ajakan See Hwa itu. Petang itu cuaca amat baik. See Hwa memandu kereta ayahnya dengan tenang. Haiqal teringatkan Pantai Batu Buruk apabila dia melepaskan pandangannya ke pantai. Teringatkan juga Ratna yang kini kian menyepikan diri.

Haiqal tidak membantah apabila See Hwa mengajaknya berjalan-jalan di tepi pantai. Kini pantai ini menjadi mangsa hakisan ombak yang teruk. Bahagian tepi pantai ini terpaksa ditahan dengan bongkah-bongkah batu besar untuk mengelakkan hakisan. See Hwa mangatakan pantai ini terlalu istimewa untuk ayah Haiqal . Tambahnya lagi, ayah Haiqal juga pernah mengajaknya ke pantai ini dan bercerita tentang Haiqal. Jika Haiqal tidak balik ke sini, mungkin suatu hari nanti See Hwa pula akan ke Kuala Terengganu untuk mencari Haiqal. Segala yang tertulis dalam manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip itu adalah sesuatu yang nyata. Kesudahan manuskrip yang tergantung itu perlu disempurnakan.

No comments:

Post a Comment