Tuesday, 29 December 2015

SINOPSIS BAB 13 SILIR DAKSINA

BAB 13 :
Pak Cik Bakar telah pun menyampaikan perkara itu kepada ketua kampung Seri Purnama, Haji Jamil. Haji Jamil telah bersetuju untuk mengadakan satu pertemuan dengan ahli JKKK dalam masa yang terdekat. Perkara itu segera disampaikan kepada See Hwa oleh Haiqal. Kemudian, See Hwa berjanji untuk menunaikan amanah arwah ayah Haiqal dengan menyerahkan beberapa buah buku yang ditulis oleh arwah. Haiqal mengucapkan terima kasih sebaik sahaja menerima buku itu.
Menurut gadis yang fasih berbahasa melayu itu, ayah Haiqal sangat baik dan sangat perahsia. Dia tidak pernah menceritakan masalah kesihatan yang dialaminya. Arwah datuk dan ayah Haiqal juga banyak membantu keluarga See Hwa dan menganggap mereka seperti keluarga sendiri. See Hwa akan membantu Haiqal qwalau apapun yang dia usahakan kerana itu pesanan arwah ayahnya kepadanya. Arwah sangat sayang akan Haiqal. Haiqal mengucapkan terima kasih atas kebaikan See Hwa.
Mereka rancak berbual-bual sehinggalah kepulangan Tauke Ong. Tauke Ong memuji cadangan Haiqal untuk menghidupkan kumpulan zapin D'Purnama semula. Bagi Haiqal, bukan mudah untuk menghidupkan kumpulan zapin ini semula. Haiqal bimbang tentang kekurangan penari zapin tetapi Tauke Ong mengatakan bahawa beberapa orang anak muda di kampung itu berkebolehan dalam tarian zapin. Suasana di rumah Tauke Ong menjadi meriah apabila Tauke Ong dan Puan Khei bergurau. Haiqal tidak berasa kekok di tengah-tengah keluarga itu. Dia juga senang meluahkan konfliknya kepada See Hwa. See Hwa menasihatinyaagar banyak bersabar dan tabah menghadapi rintangan itu.
Kemudian, mereka berbual pula tentang bakat menulis yang ada pada Haiqal. Mernurut arwah ayah Haiqal, jika kita mensia-siakan bakat yang dikurniakan tuhan, ini seolah-olah kita mengkhianatinya. See Hwa mengingatkan Haiqal untuk tidak mensia-siakan bakat yang ada. Abdullah Bin Kayan akan memberikan manuskrip  yang telah disiapkannya kepada See Hwa.itulah yang menyebabkan See Hwa fasih berbahasa melayu. 
Setelah itu, Haiqal menghabiskan masanya di rumah dengan membaca novel-noveldan antologi cerpen tulisa arwah ayahnya. Kebanyakan cerpen ayahnya berkisar tenteng dunia keguruan, kehidupan masyarakat setempat dan kebudayaan di situ. Dia amat mengagumi bakat keperangan yang dimiliki oleh ayahnya. Ketika dia asyik membaca novel karya ayahnya, Pak Cik Bakar datang kerumahnya untuk mengundangnya See Hwa dan Tauke Ong tentang zapin di balai raya. Haiqal segera memaklumkan tentang perkara itu kepada See Hwa. Kemudian dia duduk di anak tangga dan memikirkan masa depannya selepas mendapat keputusan STPM. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru seperti arwah ayahnya.
Ketika di balai raya, Haiqal duduk bersebelahan Pak Cik Bakar. Haiji Jamil meminta persetujuan penduduk kampung untuk menghiduakan kumpulan zapin D'purnama semula. Semua penduduk kampung bersetuju untuk menerima cadangan itu. Haiqal berasa sangat lega. Haji Jamil mengaharapkan kerjasama daripada penduduk kampung kerana inilah salah satu cara untuk mengenang jasa Cikgu Abdullah. Malam itu juga pembahagian tugas sempena majlid itu dilakukan. Haji Jamil akan mengundang  Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu sebagai tetamu.

Haiqal tidak terus pulang. Dia sempat berbual dengan Pak Cik Bakar dan Haji Salam tentang ayahnya dan aksara. Sejak ayahnya meninggal dunia, aksara seperti hilang hala tuju. Ketokohan ayahnya dalam bidang kesusateraan telah diiktiraf oleh kerajaan negeri. Menurut Haji Salim, ayah Haiqal seorang yang cekal. Keazamannya terlalu kuat dan sentiasa membara

2 comments:

  1. thank you TT TT I've been looking for this for 3 days TT TT
    thank you very much
    and it's very useful :)
    thank you -3-

    ReplyDelete