BAB
12 :
Petang
minggu Haiqal pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim.Balai raya itu
kurangg terurus tetapi ada bahagian yang dijaga rapi.Satu bilik bacaan dan satu
lagi galeri pameran.Bilik bacaan terdapat terdapat banyak buku,makalah dan
majalah yang tersusun rapi .Bilik bacaan itu merupakan idea ayah Haiqal.Dia
yang banyak menyumbang buku dalam bilik tersebut.See Hwa yang menguruskan bilik
itu sekarang.Selepas itu,mereka pergi melihat galeri pameran.Haiqal terpempan
melihat buku-buku yang dikarang oleh ayahnya tersusun di almari
berkunci.Sejarah hidup ayahnya juga di tampal di bilik itu.Ada juga album besar
yang menyimpan gambar-gambar ayahnya.Dia tertarik dengan gambar ayahnya bersama
kumpulan zapin D'Purnama.Lazim menceritakan sedikit tentang kebolehan ayahnya
dan jasanya terhadap kampung itu.Dia bertanya kepada Lazim tentang zapin di
kampung itu .Kemudian See Hwa dan Haiqal pergi warung Wak Min .Lazim pulang
awal.Haiqal tanya See Hwa tentang aksara yang merupakan satu perkara yang tidak
dapat dilaksanakan oleh ayahnya.See Hwa juga emberitahu Haiqal bahawa arwah
ayahnya mahu seseorang untuk menghabiskan manuskripnya itu iaitu Haiqal.Malam
itu,Haiqal menyelak catatan arwah ayahnya yang berkisarkan peralatan dan jenis
zapin .Dia mahu menyaksikan tarian zapin itu.Kemudian dia terus ke warung Wak
Min untuk berjumpa Pak Cik Bakar.Haiqal mengajukan cadangannya kepada Pak
Bakar.Dia setuju tetapi dia perlu berbincang dengan ketua kampung .Penduduk
kampung bersyukur dengan kepulangan Haiqal kekampung kerana dia seperti arwah
ayahnya .Dia teringat akan uminya di pantai timur dan dia tidak terlintas untuk
melukakan hati uminya.Namun,dia ada hak untuk sayang arwah ayahnya .Sebulan
lebih dia di Kampung Seri Purnama,dia mula mendapat keserasian di ditu.Dia
mendapat layanan yang baik.Dia juga berterima kasih kepada See Hwa kerana banyak
membantunya mengenali arwah.
No comments:
Post a Comment