BAB
2 :
Suasana
petang yang amat mendamaikan di kawasan Pantai Batu Buruk. Haiqal menikmati
segelas teh tarik dan sepiring keropok lekor di sebuah gerai yang menghadap ke
pantai. Ketika Haiqal sedang asyik menikmati juadahnya, seorang gadis duduk di
hadapannya sambil tersenyum. Haiqal begitu mengagumi gadis yang bernama Ratna
itu. Ratna mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Walaupun Ratna tidak berjaya dalam SPM, Ratna tidak pernah berputus asa. Impian
Ratna ialah ingin memiliki restoran sendiri di bandar Kuala Terengganu. Dia
juga senang berkawan dengan Haiqal kerana Haiqal memberi semangat kepadanya.
Haiqal juga sempat menyembunyikan kekecewaannya apabila gagal ditempatkan di
institut pengajian tinggi. Namun begitu, Haiqal menempatkan dirinya di
tingkatan enam aliran sastera. Haiqal bercadang untuk menghayati manuskrip
ayahnya sementara menunggu keputusan STPM. Kemudian, Haiqal mengajak Ratna
berjalan-jalan di pantai. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah pantai.
Pantai itu telah mengingatkan Haiqal kepada ayahnya. Di pantai itulah ayahnya
bertemu dengan uminya. Ratna bertanyakan tentang umi dan ayahnya. Namun, Haiqal
akan menemui jawapannya setelah membaca manuskrip itu. Rupa-rupanya, uminya
tidak mengetahui manuskrip yang dikirimkan oleh seorang yang berbangsa cina,
Ong See Hwa menggunakan pos laju. Alamat Ong See Hwa sama dengan alamat
yang tercatat dalam sijil kelahirannya iaitu di Johor.
No comments:
Post a Comment