Tuesday, 29 December 2015

SINOPSIS BAB 5 SILIR DAKSINA

BAB 5 :

Haiqal amat rindu ayahnya yang telah meninggalkannya. Dia juga amat terkilan apabila tiada memori indah yang dicatatkan bersama-sama ayahnya. Selepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
Haiqal membelek-belek lagi manuskrip itu. Pelbagai persoalan yang timbul dalam mindanya tenteng Ai Ling dan Ong See Hwa. Suasana di Seri Purnama tergambar di matanya dan hatinya terpanggil untuk ke sana. Haiqal amat kagum dengan kehebatan ayahnya. Baginya, ayahnya bukan calang-calang orang kerana kehebatannya dalam menari zapin dan memalu kompang. Dia berasa rugi kerana tidak dapat hidup bersama ayahnya. 
Dunia umi dan walidnya ialah perniagaan butik dan kilang butik. Uminya mahukan dirinya mengambil alih empayar perniagaannya tetapi Nurul Asiyah yang menunjukkan kesungguhan dan minatnya terhadap perniagaannya.
Haiqal merasakan bahawa dia perlu mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan uminya. Dia tidak pernah membuat keputusan sehinggakan dia benar-benar makan hati dengan sikap uminya.
Sewaktu ayahnya meninggal dunia, dia tidak dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir kerana menduduki peperiksaan UPSR. Uminya langsung tidak memberikan ruang. Dia berasa sangat sedih. Dia tidak dapat merasai dakapan kasih sayang ayahnya walau hanya seketika.
Segala persoalan tentang umi dan ayahnya masih belum terjawab. Dia risau akan dikatakan biadap jika bertanyakan tentang persoalan-persoalan itu kepada uminya tetapi uminya pernah beritahunya bahawa dia akan mengetahui semuanya setelah dewasaSelepas bas yang dinaiki oleh Haiqal meninggalkan stesten bas, kedengaran gelak tawa darpida para penumpang kerana menonton sebuah filem melayu tetapi Haiqal belum tertarik minatnya untuk menonton. Haiqal teringat kembali suasana sayu tatkala dia meninggalkan keluarganya. Hanya walidnya serta adik tirinya sahaja yang mengiringinya keluar dari rumah sebelum Haiqal menaiki kereta Ratna. Uminya langsung tidak melihat pemergian Haiqal. Ketika mereka berdua menunggu bas, Haiqal berusaha untuk meyakinkan Ratna bahawa dia akan kembali.
Ketika Haiqal dalam perjalanan, Haiqal dapat melihat pelbagai panaroma indah yang hanya dapat disaksikan pada waktu malam. Perlahan-lahan suasana di dalam bas bertukar sunyi kerana para penumpang lena dibuai mimpi. Haiqal juga semakin lena tidurnya selepas dikenakan suhu yang rendah terhdap dirinya. Pada jam dua belas malam, bas berhenti di kawasan R&R, Kuantan. Haiqal mengisi perutnya dan membersihkan dirinya di R&R tersebut. Usai Haiqal makan dan ke tandas, dia kembali ke tempat duduknya di dalam bas. Kemudian membiarkan dirinya hanyut ke alam mimpi sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

No comments:

Post a Comment