Tuesday, 29 December 2015

SINOPSIS BAB 6 SILIR DAKSINA

BAB 6 :
            Kali ini, Haiqal benar-benar nekad untuk pergi ke kampong arwah ayahnya. Dia percaya hanya Ratna sahaja yang memahaminya ketika itu.  Ratna berkata kepada Haiqal jika hal itu membuatkan Haiqal tenang dan bahagia, dia merelakan Haiqal untuk pergi dan berdoa agar Haiqal selamat sampai ke sana. Dalam dirinya ada perasaan sayu sebenarnya. Selepas itu, Ratna bertanyakan kepada Haiqal sama ada uminya sudah mengizinkan atau belum. Ratna menasihatkan Haiqal agar sentiasa tabah.

            Selepas pulang dari gerai, Haiqal terus pulang ke rumah. Haiqal ingin meminta izin uminya untuk pergi ke Johor tetapi mendapat tentangan dari uminya. Haiqal tetap tegas dengan keputusannya. Walauapapun yang terjadi, dia tekad untuk pergi ke Johor. Ayah tirinya itu meredakan keadaan. Lama-kelamaan, uminya mengizinkan tetapi uminya tidak akan memberi Haiqal sebarang wang pun. Hati uminya itu sangat sakit apabila diperlakukan sebegitu. Selepas itu, ayah tirinya berjumpa dengan Haiqal. Dia berkata kepada Haiqal supaya jangan khuatir kerana walidnya akan memberi sejumlah wang diperlukan. Ayah tirinya itu sangat baik orangnya.

4 comments: