BAB
10 :
Tauke Ong bermurah hati untuk meminjamkan Haiqal
motorsikalnya itu. Haiqal berhajat untuk menziarahi kubur ayahnya itu. Menurut
kata Tauke Ong, kubur ayahnya mempunyai pohon kemboja yang paling besar dan
mudah untuk dicari. Dalam 10 minit, haiqal sampai di kawasan perkuburan. Haiqal
mengusap-usap lembut batu nisan kubur ayahnya. Dia menyedekahkan bacaan surah
yasin dan berdoa. Setelah itu, dia mencabut rumput-rumput halus yang tumbuh di
kawasan kubur ayahnya. Daun-daun yang bertaburan juga dia kutip. Hatinya amat
berat untuk meninggalkan kubur arwah ayahnya itu.
Selepas itu, semasa dia menunggang motorsikal, dia
terjumpa sekumpulan orang remaja yang sedang memancing ikan di tepi parit. Dia
memberikan senyuman kepada remaja-remaja itu. Kemudian, hatinya tergerak untuk
menegur lelaki-lelaki itu. Selepas itu, mereka pun berbual mengenai arwah
ayahnya itu. Lelaki itu bernama Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar itu memuji-muji
kebaikan arwah yang pernah arwah lakukan. Haiqal pun memohon diri untuk pulang
kerana hari sudah senja.
Selepas menunaikan solat maghrib dan isyak di masjid,
Haiqal pergi ke warung Wak Min. Haiqal berbual-bual dengan Mak Senah isteri Wak
Min. Kemudian, dating Pakcik Bakar dan berbual dengan Haiqal. Haiqal hanya
membiarkan PakcikBakar melayani fikirannya. Dua orang jemaah dari masjid dating
menuju ke meja Haiqal dan bertegur dengan mesra. Pak bakar memperkenalkan Wak
Ariff dan Hj Salim kepada Haiqal. Hj Salim merupakan pemain gambus manakala Wak
Ariff penari Zapin.
Setelah berbual-bual di gerai, pak bakar mengajak Haiqal
untuk pergi kerumahnya. Pak cik Bakar menceritakan kisah hidup arwah ayah
Haiqal. Sewaktu arwah hidup, arwah menganggap See Hwa sebagai anaknya. Hampir
pukul 2.00 pagi mereka berbual. Oleh itu, Haiqal membuat keputusan untuk pulang
ke rumah.
saya nak minta kebenaran copy. terima kasih.
ReplyDeleteSeminole Hard Rock Hotel & Casino - Mapyro
ReplyDeleteFind out 용인 출장마사지 what's popular at Seminole 포항 출장마사지 Hard Rock 제천 출장샵 Hotel & Casino in Hollywood, FL and see activity. Mapyro users 천안 출장마사지 can 구리 출장안마 also see activity on their desktop or mobile