BAB
1 :
Selepas
Haiqal menerima manuskrip itu, perasaan Haiqal seolah-olah ditarik untuk
membacanya seperti ada daya tarikan magnet terhadapnya. Haiqal begegas pulang
ke rumah untuk membaca manuskrip itu secepat mungkin. Cara taipan di dalam
manuskrip itu sangat kemas dan teratur memberikan keselesaan kepada mata setiap
yang membacanya. Dia seperti berada di dalam alam Abdullah Bin Kayan tatkala
membaca manuskrip itu. Nama Abdullah bin Kayan pernah terbit dari mulut uminya
membuatkan Haiqal tertanya-tanya sejarah hidup beliau. Apabila Haiqal
bertanyakan lebih lanjut berkaitan individu tersebut kepada uminya,
uminya cuba untuk mengelak daripada menjawab pertanyaan anaknya yang cuba untuk
menyingkap identiti individu tersebut. Haiqal terimbau kembali memori
hidupnya pada umurnya 6 tahun. Uminya menyatakan yang walidnya sekarang ini,
Abdul Fatah bukanlah bapa kandungnya. Uminya berasa sebak untuk menyatakan
perkara tersebut di samping memberikan pelukan yang hangat kepada anaknya.
Haiqal juga turut sebak apabila melihat uminya menangis.
Thanks a ton for the notes! May I copy this as a reference?
ReplyDeleteCan't i copy....plz....
ReplyDeleteMinta izin untuk copy :>
ReplyDeleteLatar masyarakat
ReplyDelete