BAB
3 :
(i)
Secangkir kopi o pekat menjadi penemanku untuk
bersengkang mata sehingga dinihari. Aku teringatkan anak kecil itu tadi. Aku
tertarik hati melihat dia mengikut rentak tari penari-penari yang sedang
berlatih menari dengan gembira. Apabila
menyedari memerhatikannya, dia tersipu-sipu dan dia segeraberlari mendapatkan
ayahnya. Keletahnya amat menghiburkan aku.
Bunyi
alat-alat muzik yang saling bertingkah enak untuk didengar. Irama berentak
jingcat, masri,melayu dan alip-alip yang silih berganti amat mengasyikkan. Aku
mengagumi rakan-rakan sebayaku yang gigih berlatih menari zapin. Golongan
vateran di kampungku amat bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada
generasi muda. Aku akan datang ke balai raya untuk belajar meskipun aku tidak
mahir menari zapin. Selesai berlatih zapin, kami akan duduk di warung Pak Dolah
untuk bersembang-sembang.
Suatu
malam sebelum aku pulang ke rumah , aku berborak-borak dengan Tauke Lim . Tauke
Lim sempat bergurau denganku membuatkan aku ketawa . Aku terus memuji Ai Ling
yang mempunyai bakat dalam tarian zapin . Aku bercadangkan kepada Tauke Lim
untuk membenarkan Ai Ling menyertai kumpulan zapin kanak-kanak yang sedang aku
asuh sekarang tetapi Ai Ling seorang yang sangat pemalu .
Sebenarnya
apabila teringat Ai Ling , aku akan teringat Aiman yang seusia dengannya .
Terubat rinduku terhadap Aiman Apabila melihat Ai Ling . Ai Ling bukan sahaja
periang malah manja .
Kopi
yang telah ku bancuh tadi kini ku hirup. Mataku payah hendak lelap sejak
kebelakangan ini. Kadang-kadang aku melaksanakan tugas, bersembang dengan Tauke
Lim atau menulis puisi atau cerpen. Ilham adakalanya datang dan adakalanya
tiada.
Aku
melihat kearah rumah Tauke Lim . Tanah yang didiaminya sebenarnya dibeli
daripada arwah ayahku yang pada asalnya tanah itu merupakan kebun getah yang
terbiar . Suatu petang , Tauke Lim bertemu dengan ayahku dan berbual-bual tentang
kebun getah milik ayah . Sebelah malamnya pula , ayah memberitahu ibu tentang
kehadiran Tauke Lim ke sini . Ayah juga bercerita tentang Tauke Lim sebelum dia
ke kampung ini .
Hubungan
ayah dan Tauke Lim bertambah akrab. Dia akan membawa keluarganya ke rumahku
jika ada masa lapang dengan membawa buah tangan. Tauke Lim amat rajin. Dia dan
isterinya akan menoreh getah pada sebelah pagi dan meronda untuk meraih
hasil-hasil kampung untuk dijual pada sebelah petang. Hasil kegigihannya,Tauke
Lim dapat mengumpulkan wang dan membeli setengah ekar kebun getah ayah untuk
dijadikan tapak rumah yang kekal sehingga hari ini.
Dalam
diam , sudah hampir lapan belas tahun Tauke Lim menetap di desa ini . Anak
sulungnya kini sedang melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan Ai Ching
akan menduduki peperiksaan SPM . Tauke Lim betah tinggal di desa ini kerana
hidupnya sekeluarga seperti orang melayu . Arwah ayahku amat menyayangi Ai Ling
dan Ai Ching . Ayahku menganggap mereka seperti cucu sendiri kerana merekalah
tempat ayah menumpahkan kasih sejak emak tiada . Aku teringatkan Aiman .
Nostalgia itu terlalu menyentuh hatiku .
Pagi
yang kelihatan pucat . Tauke Lim , Ai Ching dan Ai Ling datang ke rumahku untuk
memintaku menumpangkan anak-anaknya ke sekolah dan memintaku membelikan bateri
kereta . Aku menerima mereka dengan senyuman . Anak-anak Tauke Lim bersekolah
di sekolah kebangsaan kerana Tauke Lim berpendapat bahawa sekolah melayu dan
sekolah cina sama saja . Perkara yang penting ialah mereka belajar dan rajin .
Aku memulakan perbualan dengan Ai Ling dengan mengajaknya menumpangku ke
sekolah . Ai Ling menolak dengan baik kerana tidak mahu menyusahkanku . Ai Ling
berjanji untuk meminta izin daripada ibu bapanya setelah aku cuba untuk
mendapatkan kebenaran untuk Ai Ling menumpangku ke sekolah .
Tiba
di sekolah, Ai Ling berjalan agak pantas menuju ke bangunan kantin setelah
mengucapkan terima kasih kepadaku . Ingatanku terhadap Aiman kembali menyerang
. Jeritan loceng telah menyentap lamunanku . Aku mengeluarkan barang-barangku
dari perut kereta menuju ke bilik guru .
Hanya
aku dan cikgu Tipah sahaja di dalam bilik guru itu cikgu tipah menanda buku
pelajarnya sambil membebel . Aku hanya mendengar dan bercakap tentang
pelajar-pelajar zaman sekarang . Ketika aku asyik menyemak minit mesyuarat ,
cikgu Tipah bercakap tentang Ai Ling . Menurut cikgu Tipah , Ai Ling berminat
hendak belajar Pendidikan Agama Islam dan lebih suka membaca buku kisah nabi
dan rasul serta tokoh-tokoh islam . Bagiku, ini merupakan satu permulaan yang baik
untuk aku mendekatinya .
(ii)
Aku
membantu Tauke Lim menukar bateri keretanya. Keadaan berlecak di tempat letak
kereta rumah Tauke Lim menyebabkan ketidakselesaan ketika sedang menukar bateri
kereta itu. Tauke Lim sendiri mahu membuat rumah kereta supaya keadaan itu
dapat dielakkan. Aku juga ada bergurau dengan Tauke Lim supaya menukar kereta.
Sifat jimat cermat yg ada pada diri tauke lim membuatkan pada fikirannya ia
hanya membazir kerana dia tidak berjalan jauh.Selapas itu, Tauke Lim mengajak
Aku utk ke pekan. Aku terlihat senyuman Ai Ling semasa mengundurkan kereta
namun senyuman Aiman juga yg lebih manis berbanding senyuman Ai Ling. Sesampai
mereka di kedai mamak itu, mereka dapat melihat kedai itu sesak kerana kedai
itu berdekatan dengan kawasan perindustrian. Tauke Lim bertanya kepada Aku
tentang Aku yg mengajak Ai Ling tumpang menaiki keretanya utk ke sekolah. Tauke
Lim segan kerana keluarga Aku banyak membantu keluarganya. Aku menyatakan
kesunyiannya kerana tiada keluarga di sisi. Aku tidak mahu suasana menjadi hiba
lalu bertanya kepada Tauke Lim sama ada keluarganya dapat menghadirkan diri
mereka utk ke latihan zapin dan kompang kerana Aku tidak dapat mengikutinya.
Keluarga Tauke Lim semestinya menghadirinya kerana mereka amat meminati seni kebudayaan.
(iii)
Lagu
selendang mak inang yg dimainkan oleh kumpulan zapin dpurnama sememangnya
mencuit perasaan . Beberapa org penduduk kmpg yg menyaksikan latihan itu turut
bertepuk tngn mengikut rentak lagu yg dimainkan . Setelah dipujuk oleh tauke
lim akhirnya aku juga turut menyertai mereka menari bersama wak aruf , wak
parmin , roslan dan ramli . Aku sempat menjeling ke arah ai ling yang kelihatan
ceria melihat aku menari . Setelah selesai latihan , pak hj salam yg merupakan
ketua kump zapin dpurnama berjumpa dengan aku tauke lim dn bbrp rakan lain yang
terlibat di ats pentas . Pak hj salam memberitahu bahawa yb samsuri dan pegawai
drps yayasan wawasan negeri juga akn dtg ke kmpg mereka dua minggu lagi . Jadi
mereka perlu membuat persediaan yg rapi supaya semua berjln lancar kerana
rentak tarian zapin jincat ni akn dikaji dn diwartakan sebagai satu rentak asli
dalam tarian zapin. Zapin ni juga akn dipersembahkan kepada menteri besar pada
bulan november . Mereka perlu buat yg terbaik kerana ini sajalah peluang utk
menghidupkan kumpulan dpurnama yg sudah lebih 20 tahun terkubur . Hj kemat
memintaku untuk menyiapkan atur cara pembersahan nnt dn begitu juga paluan
kompang utk menyambut yb samsuri dn pegawai drpd yayasan itu . Tauke lim pula
ingin menanggung kos perbelanjaan untuk bahagian jamuan . Selepas bersurai ,
aku berbincang pula dengan roslan , ramli dan abg bakir . Aku meminta cadangan
daripada abang bakir utk aturcara majlis . Abg bakir mencadagkan supaya
diadakan persembahan puisi sama ada daripada anak muridnya ataupun dari dia
sendiri kerana bakat yg ada tidak boleh disimpan . Abang bakir memujuknya
supaya tidak merajuk lagi . Adakah aku merajuk ataupun sebenarnya aku telah
tenggelam.
(iv)
Aku melangkah pantas ke
tempat letak kereta,akusudah terlewat kerana berbincang dengan Cikgu
Zanariah,guru bertanggngjawab untuk mengurus pertandingan puisi.Aku lihat Ai
Ling tergolong dalam senarai nama murid yang memasuki pertandingan.Ketika
itu,Ai Ling sedang menunggunya sambil membaca buku puisi.Ai Ling suka berpuisi
tapi dia takut untuk bertanding kerana tidak pernah menyertainya sebelum ini
.Aku menyarankannya untuk belajar dia belajar denganku.Petang itu,Ai Ling
datang ke rumahku bersama Ai Ching.Aku meminta Ai Ling membaca sajak yang
dipilih berulang kali manakala Ai Ching membaca majalah yang berada di atas
meja .Setelah berpuas hati dengan kelancaran Ai Ling,aku menyuruh dia berdiri
untuk menguji pernafasannya.Aku mengingatkannya supaya tidak berputus asa untuk
melakukan perkara tersebut.Ai Ling berterima kasih denganku kerana mengajarnya.Setelah
itu,mereka pulang.
(v)
Kemenangan
Ai Ling dalam mendeklamasikan sajak menjadi buah mulut penduduk kampung.Tauke
Lim telah belanja pelanggan di Warung Pak Dolah asbab kemenangan anaknya.Tauke
Lim juga mengucapkan terim kasih kepadaku sebab mengajar Ai Ling.Ada segelintir
penduduk kampung bertanya kepadaku mengapa tidak meneruskan kebolehanku.Aku
masih tiada jawapan sehingga teringatkan kenangan manis ketika aku muda dahulu
dan mengingatkan kembali kepada Aiman.Hidupku seperti ayah yang menjadikan Ai
Ling sebagai tumpangan untuk mencurahkan kasih.
(vi)
Kampung
Seri Purnama telah menjayakan persembahan zapin dihadapan YB Samsuri dan
Yayasan Warisan Negeri.Paluan kompang bergema sebaik YB Samsuri masuk.Yang
membuat persembahan semua telah besedia.Majlis bermula pada jam 9.30
malam,setelah bacaan doa,Ai Ling mendeklamasikan sajaknya.Kemudian,persembahan
zapin D'Purnama.Mereka telah melakukan persembahan sebaiknya sehingga dapat
peruntukan kewangan bagi melengkapakan peralatan dan pakaian zapin.Majlis
diakhiri dengan lagu Gholiyabu.Kemudian penduduk kampung YB Samsuri dan Yayasan
Warisan Negeri menikmati juadah yang disediakan .Mereka semua berpuas hati
dengan majlis pada malam itu.Pihak tertentu juga sedang mencari jalan bagi
mendekatkan anak muda dengan kebudayaan untuk menjadi pelapis mereka.
(vii)
Masa
berlalu dengan pantas,Ai Ling sudah berusia 12 tahun.Kesihatan diriku juga
mengancam kegiatanku kerana terpaksa berulang-alik ke hospital.Namu tetap
kugagahkan juga tugasku,aku tidak mahu mereka melihat kesakitanku.Pada suatu
petang,aku membawa Ai Ling dan Ai Ching ke pantai.Aku mengajak Ai Ling duduk di
sebatang pokok kelapa yang tumbang dan berbual dengannya tentang sejarah
hidupku.Pelbagai perkara yang Ai Ling tahu mengenaiku.Semua perkara yang
berlaku dalam hidupku membuatkan aku sedar bahawa kehidupan initidak ubah
seperti merentas samudera yang luas tetapi itulah hakikat yang harus ku telan.
(viii)
Bagiku
bulan Ogos merupakan yang menyesakkan kerana Kampung Seri Purnama menjadi tuan
rumah sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan Program Berkampung dan
berpuisi akan dilancarkan. Aku mengira orang yang sibuk dalam majlis
tersebut.Ai Ling juga giat berlatih untukmemantapkan persembahannya.Petang
itu,aku duduk di beranda rumah sambil menyemak buku draf program.Suara alam
sememangnya indah,aku tidak tahu berapa lama lagi bisa mendengar nyanyian.Aku
hanya mampu berdoa untuk diberikan kekuatan.Ai Ling datang membawa makanan
kegemaranku .Ketika itu,aku sedang menulis manuskrip dan berjanji akan
menjadikan Ai Ling orang pertama membacanya.Aku merasakan bahawa saat-saat
bersama Ai Ling sesuatu yang harus aku hargai.Kemudian,Ai Ling bertanya
kepadakuadakah aku sakit namun aku menafikannya.Ai Ling juga bertanya kepadaku
bila untuk membawa Aiman ke sini dan aku hanya menjawab suatu hari
nanti.Adakalanya aku kasihan kepada Ai Ling tetapi aku berharap suatu hari
nanti Ai Ling akan mengerti juga.
(ix)
Dua
hari lagi majlis Sekampung Puisi akan dijalankan. Balai raya dicat baharu. Pelbagai
buku sastera dipamerkan di situ. Puisi yang akan dibacakan juga dipaparkan.
Gambar dan profil penulis karya sastera tersohor tanah air juga dipamerkan.
Pentas persembahan juga terhias indah. Semua pemduduk kampung sibuk
bergotong-royong bagi menjayakan majlis itu. Seandainya program itu berhasil,
Aksara yang pernah aku sebut dahulu pasti akan lahir di sini. Dalam waktu yang
singkat, aku dapat menyiapkan puisi tersebut. Sebahagian maniskrip sempat aku
taip dan aku simpan dalam sekeping sampul surat besar. Sakit kepala yang
menyerang terpaksa aku tahan. Sebelum tidur, aku menunaikan solat sunat kerana
tetasa Allah begitu hampir denganku. Malam itu, aku merasakan keanehan dalam
diriku. Rinduku terhadap Aiman terlalu mendalam. Aku ambil potretnya lalu aku tatapi
dan aku dakapkan ke dada. "Aiman, ayah amat rindu Aiman. Datanglah
Aiman". Aku terus menangis.